-->

My Life Notes

The book of my life journey,...maybe...hahaha

wise words to be inspired...ye ke?:
I love you more than Mr Krabs loves money...I need you like Plankton needs krabby patty secret recipe...
Wednesday, 28 October 2015

New life!!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua blogwalkers yang setia menanti post dari blog yang dah berhabuk nih huhuhu.

Its already 2015!!! hahahahahahahahahahaha sumpah dah lama tak update blog nih. Admin dah habis sekolah sebenarnya, dah masuk kolej dah pun, tapi baru semester 1 lah ye, lambat sikit masuk ye. Nak ambil lesen kereta pulak, cikgu buat hal, so sampai sekarang tak ada lesen langsung, matilah nakkk. huhuhuhu. So, nasib baik lah admin dapat belajar kat Selangor, nama kolejnya Vision College, kolej perubatan kat Petaling Jaya nih hah. Jauh gak lah sebab admin asal Melaka, ulang alik naik bas lah. Admin ambil course Medical Imaging, dengar citer course baru kat Malaysia ni so admin saja lah try, sebab nasib tak menyebelahi, admin tak dapat tawaran IPTA mana-mana pun.

Ceritanya begini, mohon IPTA, tak dapat, mohon matriks, dapat lah, kat Johor sana, tapi tak pergi lah sebab dah 5 tahun duduk asrama, terasa nak bebas pulak, so tolak lah. So admin buatlah rayuan IPTA. Dapat pulak masuk UTEM, kat Melaka sana, tapi sayang, result rayuan keluar 4 hari sebelum hari daftar masuk UTEM tuh. So tak sempatlah nak prepare apa-apa ye. Tiba2 admin teringat pulak yang admin ada apply for course medical imaging ni kat Vision College ni, so admin teruskan jelah. Alhamdulillah semua berjalan lancar kat sini. Memang ni IPTS, tapi setakat ni terbaik lah. Daftar bayar RM500, asrama bayar RM50, dan bila dah masuk semua, dah menetap, dah start aktiviti, senang cerita dah jejak lah kat sini, cuma perlu apply for PTPTN dan apply for pinjaman MARA for certain course yang ada MARA, and bayar yuran lebihan mengikut course before the end of semester 1, macam admin cuma perlu bayar lagi RM1600, so maybe mampu lah nak bayar, and tunggu result MARA. Lepas tu heaven. hahahahaha gurau. Elaun bulanan from MARA RM650. and kalau MARA nyer application tu result dapat lambat, duit still masuk from the date kita apply rasanya, so duit sekali banyaklah masuk first time tu, berdasarkan apa yang senior serumah cakap lah. Tapi yang penting, Alhamdulillah, Allah bagi lagi peluang untuk sambung belajar walaupun tidak diterima ke IPTA dengan sebab yang tidak diketahui.

Okay, dah pukul 3 pagi and esok kuliah pukul 8 pagi. Next entry admin, admin akan cerita semua kebaikan course Medical Imaging ini untuk menambah ilmu blogwalkers sekalian.
Farewell, good day, goodnight, sleep tight, sleep well, stay safe.


Posted by Hadie_Akmal at 03:01

0 comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
  • Follow me on Twitter!
  • "Add me on Facebook!
  • RSS
Contact
Hadi Mohamad Akmal

Create Your Badge

Followers

Supra shoes
PSP
New Handphone
Laptop
Happy Cat Kaoani
Reaper_Flamerz97. Powered by Blogger.
 
Theme by Site5.
Experts in Web Hosting.
HTML5 Inside
© Copyright 2011 Diary/Notebook Theme by Site5.com. All Rights Reserved. by TNB
;